Satu insiden di Stesen KTM Anak Bukit tular kat media sosial pagi tadi. Foto dan video yang kena kongsi tunjuk penumpang kelam-kabut sebab pintu masuk stesen masih berkunci walaupun dah pukul 6.30 pagi. Ada penumpang yang tak nak terlepas tren sampai terpaksa panjat pagar besi untuk masuk ke platform.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) keluar kenyataan media pasai hal ni. Depa habaq Stesen Anak Bukit sepatutnya mula beroperasi pukul 5.30 pagi, tapi kakitangan yang dijadualkan buka stesen tak dapat hadir sebab masalah kesihatan.
Pihak stesen perasan pintu belum dibuka pukul 5.55 pagi, lepas tu cuba hubungi kakitangan tu tapi tak berjaya. Depa terus arahkan seorang kerani kaunter dari stesen berhampiran, yang sepatutnya masuk kerja pukul 7.00 pagi, mai awal ke Anak Bukit. Kakitangan gantian tu sampai lebih kurang pukul 6.30 pagi dan pintu utama dibuka terus.
Menurut anggaran awal KTMB, dalam 25 penumpang terjejas dan tak dapat naik dua perkhidmatan KTM Komuter, iaitu Tren 2901 dan Tren 2903 yang berlepas pukul 5.58 pagi dan 6.18 pagi. KTMB mohon maaf atas kesulitan tu, dan siasatan lanjut tengah dijalankan untuk cari punca sebelum tindakan diambil ikut prosedur.