Kerajaan Pulau Pinang akan teruskan pembangunan Penang Silicon Design @5km+ (PSD@5KM+) Kampus II, lepas sambutan kuat terhadap kampus pertama. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, bagi tau Kampus I yang dilancarkan kira-kira dua tahun lalu kini dah penuh sepenuhnya dan ruang dah habih.

“And we have already run out of space. So, the next step is, of course, to expand.” kata Chow Kon Yeow.

Kampus I ialah ruang inkubasi di GBS TechSpace yang sekarang diisi tujuh syarikat inkubatee. Untuk kampus kedua, kerajaan negeri tengah tengok beberapa lokasi dan bangunan tambahan, dan salah satu calon ialah GBS@Mayang di Bayan Baru yang memang dah ada beberapa syarikat reka bentuk cip litar bersepadu (IC). Butiran lanjut akan diumumkan tak lama lagi.

Chow bercakap pada forum khas 'Shaping Malaysia's Next Semiconductor Chapter' sempena KL20@Penang 2026 di Penang Waterfront Convention Centre (PWCC). Beliau habaq exco kerajaan negeri dah setuju tubuh Dana Teknologi Strategik dengan komitmen sehingga RM50 juta untuk bantu syarikat tempatan naik daripada pembangunan teknologi ke pengkomersialan. Dana tu diambil daripada peruntukan sedia ada kerajaan negeri bersama Kementerian Ekonomi.

Chow akui RM50 juta agak kecil berbanding skala industri semikonduktor, tapi dana ni untuk tunjuk komitmen negeri supaya pelabur dan sektor swasta sekali turut serta. Dalam pada tu, Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, umum Kampus Malaysia Advanced Testing Equipment (ATE) akan ditubuhkan di Pulau Pinang dengan peruntukan RM25 juta daripada Kerajaan Persekutuan.