Larian Elfy Run 4 You 2026 bakal diadakan pada 15 November ni dengan sasaran 4,000 peserta daripada pelbagai peringkat umur, termasuk anak muda, keluarga dan warga emas. Acara lima kilometer (5KM) anjuran Sunway Medical Centre Penang (SMCP) tu bermula di Sunway Medical Centre, Seberang Perai.
Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, Daniel Gooi Zi Sen, habaq acara ni bukan sekadar tempat beriadah, tapi juga cara nak semarakkan budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. Kata dia, oghang ramai dak perlu jadi pelari profesional atau kejar masa terbaik, yang penting berani ambik langkah pertama.
“Lari, joging atau sekadar berjalan, tetapi yang penting kita bergerak.” kata Daniel Gooi Zi Sen.
Lagi satu, SMCP bagi komitmen nak sediakan 1,500 saringan Faecal Occult Blood Test (FOBT) percuma untuk individu yang layak sampai 31 Oktober 2026. Kanser kolorektal boleh berkembang tanpa tanda yang jelas pada peringkat awal, sebab tu saringan ni penting untuk kenal pasti siapa yang perlu buat pemeriksaan lanjut.
Pengerusi Elfy Run 4 You 2026, Abbey Ong, habaq matlamat depa mudah ja, iaitu galakkan orang ramai bergerak. Yuran penyertaan RM45 termasuk baju-T, pingat penamat, minuman ringan dan e-sijil. Nak daftar, boleh pi pautan http://t2u.asia/e/50600 atau hubungi 016-531 0737.