SERDANG: Atlet pejalan kaki Pulau Pinang, Mohammad Aiman Haikal Sahrudin, 18, tekad nak buru emas berganda dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 lepas berjaya cipta kejutan rangkul emas acara 10,000 meter (m) jalan kaki di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam.
Aiman catat masa 47 minit 28.840 saat untuk menang, tewaskan wakil Kelantan, Ahmad Farish Irfan Ahmad Fahmi yang dapat perak dengan masa 47:37.170s, manakala wakil Wilayah Persekutuan, Khor Jing Hong, kena puas hati dengan gangsa lepas catat 47:49.270s.
Sekarang ni tumpuan Aiman dah beralih pi acara 20,000m yang dijadualkan Khamis ni. Dia kena catat masa bawah 1 jam 38 minit kalau nak cerahkan peluang wakil negara ke Sukan SEA 2027.
"Pingat emas ini bukan untuk saya, tetapi untuk mak ayah saya, jurulatih dan kawan-kawan saya di Pulau Pinang," kata Aiman.
Aiman habaq, hari tu memang tak senang nak rangkul emas sebab ada dua tiga pencabar lain yang sama-sama nak kejar kelayakan Sukan SEA. Dia kena bagi saingan sengit dan percaya kat diri sendiri ja untuk berjaya.