GURUN – Satu kes samun berlaku kat rumah seorang warga emas di Taman Seri Jerai 2, Gurun, bila seorang wanita berusia 67 tahun rugi dekat RM23,000 selepas disamun lelaki bersenjatakan objek yang nampak macam pistol.

Kejadian ni jadi lebih kurang pukul 9.20 pagi, masa mangsa keseorangan ja kat rumah sebab suami dia baru ja keluar. Suspek masuk rumah tu, tunjuk objek macam pistol, lepas tu ragut seutas rantai emas ngan dua gelang emas yang mangsa pakai.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan habaq, lepas ragut barang tu suspek terus lari guna kereta warna merah yang tak diketahui jenis apa. Mangsa pulak alami lebam kat kedua-dua pergelangan tangan akibat kejadian tu.

"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai telah memerhatikan pergerakan di rumah mangsa selama kira-kira dua minggu sebelum kejadian," kata Hanyan.

Hasil siasatan polis, seorang lelaki 41 tahun berjaya ditahan kat sebuah rumah di Taman Permai Utama lebih kurang pukul 11.15 malam haghi yang sama. Hanyan tambah, suspek takdak rekod jenayah lampau dan kes ni disiasat ikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.