Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi 10 Briged (Para) kini tengah buat Eksesais Linud Malindo 2026 bersama Tentera Nasional Indonesia (TNI-AD) kat sekitar Kem Terendak, Melaka ngan Kawasan Am Yan, Kedah.
Eksesais ni bermula dari 26 September sampai 5 Oktober ni, dengan fasa serangan akhir dijadualkan pada 4 Oktober kat Kawasan Am Yan, Kedah.
Ikut TDM, semua aktiviti tu sebahagian daripada senario latihan ketenteraan yang dirancang rapi ngan patuh penuh pada parameter keselamatan awam.
"Masyarakat dinasihatkan agar kekal tenang dan tidak cemas dengan peningkatan pergerakan anggota tentera bersenjata, konvoi taktikal kenderaan berat serta bunyi letupan terkawal di kawasan berkenaan."
TDM pun bagi tau depa hargai kefahaman ngan kerjasama pihak berkuasa negeri ngan komuniti setempat supaya eksesais ni boleh berjalan lancar tanpa jejas ketenteraman haghi-haghi oghang kampung sekitar tu.