Kaspersky habaq depa jumpa beberapa laman web palsu yang menyamar jadi kedai jual barang Formula 1 (F1) jelang perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang dari 2 hingga 4 Oktober ni. Syarikat keselamatan siber tu cakap laman-laman ni boleh buat oghang rugi duit, sekali bocorkan maklumat peribadi bila beli pakaian pasukan atau memorabilia F1.

Menurut kenyataan Kaspersky, laman web terbabit guna penjenamaan F1 serta gambar pelumba dan pasukan, sekali mendakwa jual barang "rasmi" atau "diperakui" supaya oghang percaya ia peruncit sah. Ada laman yang direka serupa kedai dalam talian betui-betui, lengkap dengan fungsi carian produk, akaun pengguna, troli pembelian dan tawaran penghantaran ke seluruh dunia. Risiko bermula bila pengguna masuk maklumat peribadi atau pembayaran masa proses pembelian tu — maklumat boleh kena ambik oleh penipu, manakala bayaran mungkin diproses tanpa barang sampai ke pembeli.

"Penjenayah siber bergantung kepada keadaan apabila rasa teruja dan pengenalan terhadap sesuatu jenama mengambil tempat proses pengesahan." kata Adrian Hia, Pengarah Urusan Kaspersky bagi Asia Pasifik.

Adrian tambah, acara besar macam F1 boleh buat peminat kurang jaga-jaga pasai keselamatan bila cari barang pasukan atau pelumba kegemaran depa. Peminat kena berhenti sekejap dan pastikan depa berurusan dengan peruncit yang sah dulu sebelum buat pembelian.

Kaspersky nasihatkan pengguna semak URL serta ejaan nama jenama, dan pastikan laman tu memang peruncit rasmi atau rakan niaga yang diberi kuasa. Pengguna disaran beli ja melalui platform rasmi yang dipercayai, guna penyelesaian keselamatan yang boleh kesan laman berbahaya dan sekat percubaan pancingan data, aktifkan notifikasi transaksi kalau ada, sekali semak penyata bank selalu untuk kesan sebarang transaksi tanpa kebenaran.