GEORGE TOWN – Kemahiran digital dalam kalangan oghang muda terus diperkasa lepas Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) sama-sama dengan Wawasan Open University (WOU) anjur siri bengkel digital bagi pendedahan praktikal kat belia.

Siri tiga bengkel anjuran Pusat Pengajian Teknologi Digital (DiGiT), WOU sempena ulang tahun ke-5 penubuhannya tu berjaya himpunkan 90 peserta, termasuk Sukarelawan Belia Pulau Pinang yang join aktif. Program bertemakan 'Workshop Series to Empower Community' ni bagi fokus kat tiga bidang utama iaitu reka bentuk guna kecerdasan buatan (AI), hasilkan kandungan digital, serta analisis dan visualisasi data.

Dekan DiGiT, Prof. Madya Ts. Dr. Tan Kian Lam habaq penganjuran bengkel ni tunjuk komitmen WOU nak perluas kepakaran akademik lagi jauh dari bilik darjah, khususnya nak bantu masyarakat bina keupayaan digital dan AI yang praktikal.

"Kami mahu peserta belajar melalui amalan mengaplikasikan alat digital dan AI kepada kes-kes dunia sebenar, menyelesaikan masalah, meningkatkan produktiviti serta menghasilkan impak yang relevan dengan kerja, perniagaan dan kehidupan seharian mereka," kata Tan Kian Lam.

Timbalan Pengurus Besar PYDC, Ong Ching Shi pulak habaq penguasaan kemahiran macam aplikasi AI, hasilkan kandungan digital dan analisis data ni penting untuk belia hadapi perubahan dunia kerja, pendidikan dan keusahawanan. Depa berharap kerjasama ni boleh diperkukuh lagi supaya lebih ramai belia Pulau Pinang bersedia hadapi era digital, selaras dengan aspirasi Penang2030 nak jadikan Pulau Pinang negeri pintar, hijau dan mesra keluarga.