Dua rumah teres tak berpenghuni di Nibong Tebal dan Bukit Mertajam, Seberang Perai, dipercayai dijadikan tempat sorok rokok dan minuman keras tak berkastam sebelum diedar ke pasaran tempatan.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang serbu kedua-dua premis tu dalam operasi berasingan bulan Ogos lepas. Jumlah rampasan bernilai lebih RM1.58 juta termasuk cukai.

Serbuan pertama pada kira-kira pukul 12 tengah haghi, 14 Ogos, di sebuah rumah teres di Nibong Tebal. Pegawai jumpa 115,340 batang rokok dan 635.52 liter minuman keras pelbagai jenama, dengan nilai anggaran RM147,567.55 termasuk cukai.

Serbuan kedua pada kira-kira pukul 1 tengah haghi, 17 Ogos, di sebuah lagi rumah teres kosong di Bukit Mertajam. Kali ni Kastam rampas 1,337,520 batang rokok pelbagai jenama, nilai anggaran RM1.43 juta termasuk cukai.

Pengarah JKDM Pulau Pinang, Hasbollah Din, habaq pada sidang media di Kompleks Pencegahan Kastam negeri hari ni, siasatan lanjut sedang dibuat untuk cari sumber bekalan, pemilik dan rangkaian pengedaran barang tu.