Seramai 55,169 penjawat awam yang jalani saringan MyPsyD dilaporkan berisiko tinggi, termasuk yang ada kecenderungan tingkah laku bunuh diri. Dapatan ni dimaklumkan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr. Mohd. Bakhari Ismail, ketika bacakan teks ucapan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada PSYCON 2026 di INTAN, Kuala Lumpur, 21 September lalu.

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, Daniel Gooi Zi Sen, cakap kerajaan negeri ambik serius isu ni sebab ia bagi kesan kepada individu, keluarga dan cara perkhidmatan disampaikan kepada rakyat. Beliau tegaskan saringan tu bukan untuk melabel sesiapa. Pegawai yang berisiko kena melalui proses validasi dulu untuk tentukan tahap risiko. Kalau stabil, boleh dirujuk ke Klinik Kesihatan KKM. Kalau krisis, terus dihantar ke hospital berdekatan.

Kerajaan negeri dah tubuh Jawatankuasa Kesihatan Mental Pulau Pinang pada November 2023 dengan libatkan agensi berkaitan dan NGO. Ada juga Talian HEAL 15555 dari 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari, dan dua pusat MENTARI di Pulau Pinang, iaitu di Butterworth dan Jalan Perak.

“Sekiranya tekanan yang dihadapi semakin sukar dikendalikan, jangan pendam atau hadapinya seorang diri.” kata Daniel Gooi Zi Sen.

Pengerusi Befrienders Pulau Pinang, Saras Pillay, sambut baik langkah JPA ni. Kata beliau, sokongan yang tepat pada masanya, tanpa stigma dan secara sulit perlu dibagi kepada depa yang memerlukan.