Perusahaan tradisional dan produk usahawan tempatan di Perlis dilihat berpotensi jadi pemacu sektor pelancongan negeri tu. Pelancong sekarang lebih suka pi cuba dan rasa sendiri macam mana sesuatu produk tu dibuat.
Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara, Abdul Hadi Che Man, bagi tau pembuatan belacan dan capal antara yang ada nilai tambah, sebab pengalaman macam tu susah nak jumpa di tempat lain. Beliau cakap perkara tu ketika ditemui pada Program Lawatan Media Cuti-Cuti Malaysia Surreal Experiences Perlis, 22 hingga 25 September.
"Kalau dahulu kita melancong untuk sightseeing (melihat sesuatu), sekarang pelancong mahu mengalami dan merasai sendiri pengalaman tersebut." kata Abdul Hadi Che Man.
Tourism Malaysia bekerjasama dengan agensi pelancongan di Perlis, iaitu Truly Astana Holidays, Bintong Travel & Tours dan Smart Leisure & Travel, untuk bangunkan pakej yang himpun pelbagai produk pelancongan negeri tu. Perlis terima kira-kira 3.7 juta pelawat domestik pada 2025, naik 15.6 peratus berbanding 3.2 juta tahun sebelumnya.
Antara yang ditonjolkan dalam program tu ialah Mokti's Ice Cream, Perusahaan HM Belacan, Dr. Saad Capal yang buat capal tradisional sejak 2001, Kak Su Laksa Kuala Perlis, dan Nipah Klasik yang ada demonstrasi buat air nira nipah.