GEORGE TOWN — Cadangan terowong dasar laut atau jambatan ketiga Pulau Pinang timbul balik lepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, habaq cadangan tu masih dikekalkan secara indikatif dalam draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2040. Isu ni dah berlarutan lebih sedekad.
Cadangan terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer tu bukan projek baharu — ia sebahagian daripada pakej infrastruktur yang termasuk tiga jalan utama dan satu terowong dasar laut, dengan kajian kebolehlaksanaan serta reka bentuk terperinci pernah dianggarkan bernilai RM305 juta.
Pada 2021, kerajaan negeri dah jelaskan kajian kebolehlaksanaan yang dibuat tu khusus untuk terowong dasar laut, bukan jambatan. Tapi beberapa tahun kemudian, istilah "terowong atau jambatan ketiga" timbul balik dalam perbincangan.
Selain projek ni, kerajaan persekutuan pun sedang buat LRT Laluan Mutiara dengan siling bajet RM16.8 bilion. Laluan sepanjang hampir 30 kilometer tu dirancang nak sambung Pulau Silikon, KOMTAR dan seterusnya menyeberang laut ke Penang Sentral, dengan anggaran 45,600 penumpang sehari pada tahun pertama beroperasi nanti.
Statistik Penang Port pulak tunjuk bilangan penumpang pejalan kaki naik feri pun naik saban tahun — dari 1.18 juta pada 2022, naik jadi 1.90 juta pada 2023, dan 2.13 juta pada 2024. Dalam tiga suku pertama 2025 ja, dah capai 1.75 juta orang.