Penang World Cleanup Day 2026 yang akan berlangsung 26 September ni sasar penyertaan sekitar 3,000 peserta. Setakat ni, kira-kira 1,600 oghang dah daftar awal.
Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Rohaizat Hamid bagi tau, jumlah tu dijangka naik pada hari program sebab imbasan kod QR Hari Cuci Malaysia hanya boleh dibuat pada hari tu dan baru dikira sebagai penyertaan sah.
Sambutan pun menggalakkan dari agensi kerajaan, persatuan, pengusaha hotel dan NGO. Antara aktiviti utama ialah kutip sampah, asing sisa dan kerja bersih-bersih kawasan sekeliling.
"Pesanan utama yang ingin disampaikan adalah supaya kita bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran, memelihara kelestarian alam sekitar dan yang lebih penting, memupuk budaya kitar semula," kata Rohaizat.
Program ni bermula jam 8 pagi sampai 12 tengah hari di Tanah Lapang (tempat letak kereta), Persiaran Bayan Indah, sebelah Queensbay Mall. Lagi satu, ada Trash to Cash, Upcycle, pemeriksaan pergigian percuma, kempen hapus plastik sekali guna dan ruang bergambar.