Seorang pemandu bas Universiti Utara Malaysia (UUM) maut lepas motosikal yang dia tunggang berlanggar dengan sebuah lori di Jalan UUM Sintok-Padang Sanai pagi tadi.
Kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi tu meragut nyawa Muhammad Firdaus Azme, 32. Dia meninggal dunia kat tempat kejadian sebab cedera parah pada anggota badan. Mayat dia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Radzi Abdul Rahim habaq, mangsa menunggang motosikal Honda dari arah Kuala Nerang menuju ke UUM, manakala lori Hino yang dipandu lelaki berusia 55 tahun datang dari arah bertentangan.
"Penunggang motosikal kemudian dikatakan memasuki laluan lori ketika melalui jalan berselekoh." kata Mohd. Radzi.
Polis habaq, jarak yang terlalu dekat buat mangsa tak sempat mengelak sampai terlanggar bahagian pintu depan sebelah kanan lori. Pemandu lori tak cedera dan saringan air kencing dia negatif dadah. Siasatan awal dapati kemalangan ni dipercayai berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal yang masuk ke laluan lori, dan kes disiasat ikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.