Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbangkan cadangan untuk mengembalikan keistimewaan status bebas cukai Langkawi, bagi membantu merancakkan aktiviti perniagaan di pulau peranginan tu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, habaq perkara ni susulan titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, yang mahu kegiatan perniagaan di Langkawi dipertingkatkan. Anwar bagi tau, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Norizan Khazali, ada sebut pasai isu cukai Langkawi dan perkara tu boleh difikirkan.
Anwar cakap demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Kedah di Alor Setar hari ni. Katanya, Sultan Kedah berpesan mahu mengangkat semula kegiatan perniagaan di Langkawi, dan dia bersetuju untuk menimbangnya.
Sebelum ni, Sultan Sallehuddin ketika Istiadat Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah bertitah supaya Kerajaan Persekutuan mengembalikan status Langkawi sebagai pulau bebas cukai dengan keistimewaan yang dinikmati sebelum ini.
Titah baginda, status Langkawi sebagai pulau bebas cukai masih kekal, tapi beberapa keistimewaan yang dinikmati dulu dah dikurangkan. Antaranya kadar cukai terhadap kenderaan yang dihadkan, selain cukai produk berasaskan tembakau dan barangan lain.