JPJ Kedah dah tahan seorang lelaki etnik Rohingya yang video memandu pikapnya tular baru-baru ni. Lelaki berusia 33 tahun tu ditahan kat Jalan Timur 1, Alor Setar dalam Operasi Pemandu Warganegara Asing (Pewa) pukul 8.07 pagi.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam habaq, lelaki tu kerja sebagai penyelia tapak projek dan pikap jenis Isuzu D-Max yang dipandunya tu memang ada Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan insurans yang sah. Tapi bila JPJ buat pemeriksaan, depa dapati lelaki tu tak ada lesen memandu kompeten (CDL) langsung.

"Siasatan mendapati pikap tersebut yang digunakan sejak Mei lalu adalah milik sebuah syarikat yang didakwa diberikan kepada lelaki itu untuk kegunaan kerja harian," kata Stien Van Lutam.

Lagi satu kes berasingan pulak berlaku kat Kilometer 171, Jalan Serdang-Selama, Kulim kelmarin. Dua remaja lelaki etnik sama yang naik motosikal cuba lari bila JPJ nak buat pemeriksaan, memecut sejauh lima kilometer tanpa hirau amaran penguat kuasa. Depa dalam perjalanan nak pi kerja kat kebun kelapa sawit. Akhirnya depa berjaya ditahan jugak — hasil pemeriksaan tunjuk penunggang motosikal tu tak ada lesen memandu, manakala LKM dan insurans motosikal pun dah tamat tempoh.