KANGAR: Polis sahkan dah terima laporan pasai satu hantaran tular kat media sosial berkaitan kenyataan ugutan nak cederakan orang guna sebilah pedang.

Pemangku Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Zaihairul Idrus, habaq lepas hantaran tu tular, satu tangkapan dah dibuat ke atas seorang lelaki berusia 46 tahun di Langgar, Kedah, semalam. Masa tangkapan tu, polis jumpa sebilah pedang yang sama macam dalam video tular tu berada dalam kereta yang dipandu suspek.

Lelaki yang bekerja sendiri tu dipercayai buat macam tu sebab ada masalah peribadi dengan orang lain. Dia direman tiga hari mulai hari ni sampai Rabu, dan kes disiasat bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

"Jika sabit salah boleh dijatuhi hukuman pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun serta sebatan," kata Zaihairul.

Zaihairul habaq, PDRM pandang serius kes ni sebab boleh timbul salah faham dan ganggu keharmonian masyarakat. Orang ramai dinasihatkan jangan buat komen, spekulasi atau sebar maklumat tak sahih, sebab tindakan tegas akan diambil kat sesiapa yang cuba provok atau ugat keamanan negara.