SUNGAI PETANI — Polis Kedah masih siasat pasai bagasi warna merah jambu yang tinggal kat Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam. Bagasi ni yang buat gempar bila mesin imbasan nampak macam ada bahan letupan dalam tu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, habaq siasatan tu bukan sekadar nak cari tuan punya ja, tapi nak tau betui-betui sebab bagasi tu ditinggalkan — sama ada sengaja ke tak.

"Kita masih menyiasat, kita hendak tahu siapa pemiliknya. Dalam konteks kejadian ini, tidak ada ugutan, nota ancaman atau panggilan bom," kata Adzli.

Kejadian ni mula bila Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah kena gerak pi ICQS Bukit Kayu Hitam lepas satu bagasi tanpa pemilik jumpa ada imej macam bahan letupan dan dadah dalam mesin pengimbas, pada 8 Ogos lepas.

Bila polis buat pemeriksaan lanjut, depa jumpa dalam bagasi tu cuma barang harian ja — pakaian wanita, alat kosmetik, pengering rambut, ubat gigi, berus gigi dan losen. Takdak apa-apa tanda pengenalan pun kat bagasi tu yang boleh kaitkan dengan tuan punya, sama ada rakyat tempatan atau warga asing.

Adzli minta sesiapa yang rasa bagasi tu depa punya, datang jumpa balai polis berdekatan bagi tolong siasatan dan jelaskan sebab ia ditinggalkan kat situ.