GEORGE TOWN – Tindakan sorang kakak kantin sekolah bagi makan percuma kat sorang budak lelaki yang tak mampu buat ramai netizen sebak lepas kisah tu dikongsi kat media sosial.

Menurut hantaran yang tular, budak lelaki tu dari keluarga kurang berkemampuan. Waktu rehat, dia selalu duduk ja kat belakang makmal komputer sebab dak duit nak beli makanan. Kak Zira, kakak kantin sekolah tu, perasan keadaan budak ni, dan sejak tu dia bagi budak tu makan percuma tiap-tiap hari.

Sempena sambutan Hari Koperasi baru-baru ni, Kak Zira turun bagi duit kat budak tu supaya dia boleh beli apa yang dia nak dan berseronok sama-sama kawan-kawan dia.

"Kalau tak cukup, jumpa saya tau," kata Kak Zira.

Kisah ni dapat pelbagai reaksi kat media sosial – ramai puji keprihatinan Kak Zira dan doa kebaikan tu jadi kenangan yang budak tu takkan lupa. Ada netizen habaq, amalan sedekah takkan buat oghang jadi miskin, sebaliknya rezeki boleh mai dalam pelbagai bentuk.