Projek tanam padi ratun atau 'ratoon rice' di Pulau Pinang ni masih dalam peringkat kajian. Buat masa ni, tanaman percubaan diusahakan di satu kawasan ja, iaitu di Balik Pulau.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan serta Keusahawanan negeri, Datuk Rashidi Zinol habaq, beliau sendiri pernah turun tengok perkembangan projek tu. Beliau cakap pasai ni semasa hadir Program Penyerahan Bantuan Sara Hidup Kepada Pesawah Padi dan Petani Sayur di PPK Sungai Acheh, Nibong Tebal.
"Kerajaan negeri amat tertarik dengan pelaksanaan projek ini kerana padi ratun berpotensi untuk memberikan hasil sehingga dua atau tiga kali dengan satu tanaman sekali gus memberikan manfaat yang besar kepada pesawah jika ia dilaksanakan (pada skala yang besar) di Pulau Pinang," kata Datuk Rashidi Zinol.
Projek di Balik Pulau tu percubaan peringkat kedua, guna semula benih atau tanaman yang tumbuh lepas tuaian pertama. Rashidi berharap musim tanam akan datang, proses tu mula dari awal semula supaya sistem pengairan dan saliran boleh ditambah baik dulu sebelum projek diluaskan ke tempat lain. Kerajaan negeri akan dapatkan nasihat dan penyertaan MaARDI, Jabatan Pertanian dan jabatan berkaitan.
Lagi satu, kerajaan negeri dah luluskan RM3.28 juta untuk bantu kira-kira 6,500 pesawah dan penanam sayur di Pulau Pinang, selepas kos bahan api dan input pertanian naik. Kali terakhir bantuan macam ni diberi pada 2023, dan kerajaan negeri akan cari ruang untuk bantu golongan ni termasuk nelayan ikut kemampuan kewangan negeri.