Seorang lelaki di Langkawi dilaporkan dalam keadaan kritikal lepas motosikal yang dia tunggang terbabas ni, sebab terlanggar kabel yang disyaki dicuri di Jalan Penarak, Khamis lalu.
Mangsa, Mohd Nadzim Yahya, 58, cedera parah pada muka dan kaki. Sekarang dia ambik rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM), Langkawi.
Kejadian tu dikatakan berlaku masa mangsa dalam perjalanan ke masjid untuk solat subuh. Dia menunggang motosikal dari arah Penarak menuju ke Masjid Al Qadim, Kampung Kuah.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin habaq pasai apa yang jadi kat mangsa.
"Mangsa kemudian terbabas akibat melanggar objek di atas jalan raya yang dipercayai wayar kabel." kata Khairul Azhar Nuruddin.
Akibat kejadian tu, mangsa jatuh dari motosikal dan cedera pada muka dan kaki.