Fon kepala Sony WH-1000XM4 yang mula dilancarkan pada 2020 digosipkan bakal dilancarkan semula tak lama lagi. Walaupun dah berusia enam tahun, fon kepala ni masih dianggap antara yang terbaik dari segi kualiti audio dan sistem Active Noise Cancellation (ANC).

Setakat ni, yang dikatakan kurang cuma dari segi prestasi bateri dan rekaan luaran ja yang dah nampak lapuk berbanding model-model baharu kat pasaran sekarang. Tapi dari segi bunyi dan ciri ANC, ramai pengguna masih rasa fon ni power sampai sekarang.

Kalau betui-betui Sony bawa balik model ni, ia mungkin jadi pilihan menarik buat orang yang nak fon kepala berkualiti tinggi tapi dengan harga lagi berpatutan berbanding model flagship terbaharu.