Hospital Bukit Mertajam (HBM) buat sejarah bila diiktiraf antara 250 hospital paling hijau dunia dalam penarafan World's Greenest Hospitals 2026 oleh Newsweek dan Statista. HBM jadi satu-satunya hospital kerajaan Malaysia yang ada dalam senarai tu.
Pengarah HBM, Dr. S. Prashant habaq, penilaian tu libatkan lebih 4,000 hospital di seluruh dunia. Menurut dia, pihak hospital sendiri dak sedar depa sedang dinilai.
"Daripada lebih 4,000 hospital, HBM berjaya disenaraikan dalam kelompok 250 terbaik dunia dan merupakan satu-satunya hospital kerajaan Malaysia dalam senarai tersebut," kata Dr. Prashant.
Dari segi penjimatan, HBM kurangkan guna tenaga 10.8 peratus pada 2024 dengan jimat hampir RM250,000, lepas tu naik jadi 23.9 peratus pada 2025 dengan penjimatan kira-kira RM504,000. Guna air pun turun 43 peratus melalui sistem tadah air hujan, guna semula air dan kitar semula air untuk tandas.
Lagi satu, sebanyak 27,600 kilogram bahan kitar semula dikutip pada 2025, manakala sisa taman dijadikan kompos lebih kurang 1.17 tan. Kira-kira 95 peratus imej x-ray kini dilihat secara digital, jadi sekitar 57,000 filem x-ray tak perlu dicetak dan jimat lebih kurang RM229,000.
HBM sasar jadi fasiliti karbon neutral dan zero-waste, dengan target kurangkan guna tenaga sekitar 10 peratus setiap tahun. Dr. Prashant akui kos masih jadi cabaran untuk tenaga boleh diperbaharui, tapi cabaran paling besaq ialah nak ubah budaya warga hospital supaya amalan hijau tu berterusan.