BAYAN LEPAS – Syarikat penyelesaian digital terkemuka, HashTaqs, semalam rasmi buka konvensyen Advanced Innovation and Manufacturing (AIM) Asia 2026 di Iconic Marjorie Hotel, Bayan Lepas.
Program dua haghi ni bertujuan tingkatkan transformasi industri pada skala lebih luas, himpunkan pemimpin industri pembuatan termaju, inovator dan penggubal dasar untuk teroka potensi transformasi dalam sektor semikonduktor, elektronik, teknologi perubatan dan teknologi hijau.
Pengarah urusan HashTaqs dan pengerusi AIM Asia Week, Renee Tan, dalam ucapan pembukaan habaq, perbualan pasai kecerdasan buatan (AI) dah melangkaui soal ia berfungsi atau tak, tapi macam mana nak manfaatkan dia untuk buatkan produk lagi berjaya dan mampan.
"Technology sets the pace, sustainability sets the standards, but human capital decides whether we have arrived or not, and a single stakeholder cannot write the next chapter," kata Tan.
Tan bagi tau, tema tahun ni ialah 'Sustainable Future Manufacturing Transformation: Human Capital, AI and Innovation', sebab setiap penggunaan AI, roadmap automasi dan sasaran dekarbonisasi akhirnya bawa balik kepada satu soalan – ada ke tak bakat untuk reka, jalankan dan perbaiki semua tu. Dia pun kata pengeluar tak boleh bina talian bakat sorang-sorang, agensi kerajaan tak boleh komersialkan teknologi sorang-sorang, dan universiti pun tak boleh reka kurikulum tanpa tau apa keperluan industri dalam lima tahun akan datang.
Konvensyen dua haghi ni bawa pakar industri dari beberapa syarikat multinasional terkenal, termasuk Intel Corporation, Dell Technologies, B Braun dan AMD, yang cakap pasai perkembangan teknologi terkini syarikat masing-masing. INTI International College Penang pun hantar wakil dari sektor pendidikan untuk sertai konvensyen ni.
Sementara tu, pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perpaduan Negara negeri, Goh Chook Aik, yang merasmikan majlis, habaq AI tak sepatutnya digunakan untuk gandakan automasi ja, tapi kena manfaatkan untuk tingkatkan keupayaan dan produktiviti manusia.
"The future is not human vs AI, but human plus AI. That is why talent development is becoming increasingly important today," kata Goh.
Goh pun sebut program GBS Industry Academy 2.0 – GenAI Talent Ready, yang dilancarkan pada 2025, sebagai contoh macam mana tenaga kerja boleh disediakan untuk ekonomi didorong AI, dengan latihan dalam bidang reka bentuk IC, perisian terbenam, perkhidmatan perniagaan global dan automasi robotik. Antara oghang yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Penang Skills Development Centre (PSDC), Datuk Dr Hari Narayanan, dan Ketua Eksekutif Northern Corridor Implementation Authority (NCIA), Datuk Mohamad Haris Kader Sultan.