Ahli Majlis MBSP, C. Linggeswaran cadang pasar awam kat Seberang Perai jangan tengok sebagai tempat jual beli ja, tapi kena tukar jadi 'Hub Komuniti' yang buka lagi banyak ruang ekonomi kat peniaga kecik, usahawan muda, ibu tunggal ngan golongan B40.
Dia habaq, cadangan ni boleh hidupkan balik kawasan pasar, terutama hujung minggu, sekali gus bagi peluang baru kat komuniti setempat. Ikut dia, pasar awam patut jadi ruang strategik untuk gerakkan ekonomi setempat, bukan sekadar tempat transaksi harian ja.
"Rakyat tidak hanya memerlukan infrastruktur yang cantik, peniaga kecil pula memerlukan pelanggan, usahawan muda memerlukan ruang, ibu tunggal memerlukan peluang pendapatan dan golongan B40 memerlukan platform untuk meningkatkan ekonomi keluarga," katanya.
Ucapan ni dia sampaikan masa Mesyuarat Majlis Penuh MBSP Kali Ke-627 (Bil. 9 2026) kat Dewan Kenangan, Menara Bandaraya MBSP, semalam. Dia cadang tiga pasar awam dipilih jadi projek perintis untuk konsep ni, lepas tu boleh la diperluas lagi lain kali.
Kawasan sekitar pasar tu pun boleh diaktifkan tiap-tiap hujung minggu dengan macam-macam program - aktiviti komuniti, program belia, aktiviti keluarga, promosi produk tempatan sampai la ruang jualan untuk usahawan kecik. Linggeswaran pun cadang MBSP nilai balik kawasan parkir yang tak dipakai waktu-waktu tertentu, boleh la tukar jadi ruang aktiviti komuniti ngan ekonomi pulak.
Dia harap bila lagi ramai orang mai, peniaga sedia ada dapat lagi ramai pelanggan, peniaga baru dapat peluang, produk tempatan dapat promosi, ekonomi setempat pun mula bergerak. Ikut dia, inovasi pentadbiran dak semestinya perlu aset baru, boleh ja mula dengan guna ruang ngan aset sedia ada secara lagi kreatif.