SEBERANG JAYA — Masalah anjing terbiar kat Seberang Perai kena tangani secara lagi tersusun, bersepadu dan berasaskan data, lewat pengukuhan Program Trap, Neuter, Release and Manage (TNRM) sekali ngan penglibatan komuniti.
Ahli Majlis MBSP, Ngoh Cheng Hai, cakap TNRM wajar diperkasa sebab matlamat sebenaq pengurusan anjing terbiar bukan ja pasai tangkap ngan mandulkan, tapi kena kawal pertumbuhan populasi, kurangkan gangguan kat masyarakat dan jaga kebajikan haiwan sekali.
"Dengan data ini, MBSP dapat mengenal pasti kawasan yang mempunyai populasi anjing terbiar yang tinggi dan melaksanakan intervensi berdasarkan data, bukan hanya berdasarkan aduan," kata Ngoh Cheng Hai.
Beliau cadang MBSP wujudkan pangkalan data TNRM sistematik — rekod lokasi, tarikh, status vaksinasi, jantina sampai kaedah pengenalan macam tag telinga atau mikrocip. Kawasan hotspot pun kena kenal pasti ikut jumlah aduan, laporan penguatkuasaan dan data TNRM, khasnya kat kawasan perumahan, pasar, kawasan industri ngan tapak sampah.
Cheng Hai tegaskan TNRM tak boleh berdiri sorang-sorang tanpa selesaikan punca masalah — kalau sumber makanan terbuka ngan sampah tak terkawal masih ada, masalah lama akan berulang balik. Sebab tu, beliau cadang konsep 'Community TNRM Partnership' libatkan MBSP, NGO, pemberi makan haiwan dan persatuan penduduk, sekali ngan pelan strategi khas bagi anjing yang agresif atau berisiko, supaya keselamatan penduduk tetap jadi keutamaan.