PUCHONG: Pulau Pinang terus mengukuhkan nama sebagai antara kuasa besar sepak takraw negara lepas berjaya pertahankan pingat emas acara regu berpasukan pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

Saingan yang berlangsung di Arena MBSJ Puchong tu saksikan Pulau Pinang tewaskan Johor 2-1 untuk sekali lagi bawa pulang emas acara berkenaan.

Johor dulu ambik mata melalui regu pertama yang dibarisi Isma Hanif, Farez Nazrel dan Hakkimi Shahrin lepas tewaskan regu Pulau Pinang, Danial Iman Hasbullah, Nabil Afiq dan Nazirul Haziq Zahid, 17-14, 15-11. Tapi Pulau Pinang bangkit melalui regu kedua yang dibarisi Irzan Nazri, Imran Fazli dan Adi Syazmin untuk tewaskan Muhammad Nurizuan, Hazieq Saad dan Luqman Haqim, 15-10, 15-5.

Keputusan tu buat penentuan emas kena tunggu regu ketiga. Johor mula bagus bila Hazreez Haikal, Muhammad Qayum dan Nurdanish Irfan menang 15-9 pada set pertama, tapi Pulau Pinang bangkit balik melalui Hazieq Damian, Elffie Danish dan Hamzi Hazry untuk menang 15-10 pada set kedua sebelum sahkan emas lepas tutup set penentuan 15-6.

Kejayaan ni buat emas regu berpasukan sepak takraw kekal jadi milik Pulau Pinang untuk edisi kedua berturut-turut.