Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 339,640 batang rokok pelbagai jenama bernilai RM590,959 termasuk duti dan cukai. Serbuan tu dibuat di Jelutong, dan seorang lelaki tempatan berusia 70-an kena tahan.

Pengarah JKDM Pulau Pinang, Hasbollah Din bagi tau, lelaki tu ditahan masa tengah memunggah rokok sebelum barang tu nak dibawa ke tempat lain. Hasil pemeriksaan, rokok tu disimpan dalam lima kenderaan yang diparkir di aras berbeza sebuah kondominium.

“Nilai keseluruhan rampasan, termasuk duti dan cukai, dianggarkan berjumlah RM590,959 dan kes masih dalam siasatan.”

Menurut Hasbollah, kesemua kenderaan tu guna nombor pendaftaran palsu, dipercayai supaya kegiatan depa dak dikesan pihak berkuasa. Rokok tu sekali dipercayai diperoleh dari negeri jiran untuk diedarkan dalam pasaran tempatan.

Kes ni disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Hasbollah bercakap pada sidang media di Kompleks Pencegahan Kastam Negeri Pulau Pinang, Perai.