Keadaan jerebu yang melanda negara ni makin teruk. Bukan Pantai Timur ja yang kena, Pulau Pinang ngan Kedah pun dah masuk senarai negeri terbaharu yang bacaan udaranya melebihi paras tak sihat.

Ikut kemas kini terkini portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), sebanyak 36 kawasan seluruh negara kena tempias jerebu ni. Johan Setia catat bacaan paling tinggi, 177 poin, setakat pukul 6 petang tadi.

Kawasan lain yang sama-sama tak sihat termasuk la Nilai (174), Shah Alam (173), IPD Serian (173), Pasir Gudang (172), Cheras (171), Bukit Rambai (171) ngan Larkin (170). Ada lagi banyak kawasan lain macam Port Dickson, Batu Pahat, Putrajaya, Seremban, Klang ngan beberapa tempat lain yang bacaannya melepasi 160 poin.

Di utara pulak, Balik Pulau, Pulau Pinang catat IPU 132, manakala Sungai Petani, Kedah pulak rekod bacaan 112. Portal APIMS di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS) tetapkan IPU dikira tak sihat bila bacaannya antara 101 hingga 200 poin.

Rakyat kena la jaga-jaga sikit masa jerebu ni berlanjutan, elak aktiviti luar rumah lama-lama, terutama kanak-kanak ngan orang tua.