ALOR SETAR — Satu keluarga di sini rugi kira-kira RM185,000 lepas isteri terpedaya dengan skim 'trade-in kutu' yang dibuat oleh seorang wanita sejak April lalu. Depa antara 35 mangsa yang sama-sama rugi RM1.7 juta dalam kes ni.
Mohamad, 33, habaq isterinya, 32, kenal rapat dengan suspek sebab tinggal berhampiran, lepas tu mula ambik tawaran jualan trade-in kutu tu. Skim ni lain sikit dari kutu bulanan biasa — depa jual beli giliran kutu antara peserta yang nak duit cepat. Suspek akan post status WhatsApp bila ada peserta nak jual giliran, dan pembeli boleh untung bila tiba giliran tu nanti. Isteri Mohamad sendiri dah beli sampai 31 giliran trade-in kutu.
"Isteri sekarang ini sangat tertekan, kerap termenung dan menangis," kata Mohamad.
Selain duit simpanan RM185,000 abih, barang kemas bernilai RM113,000 pun masih tersadai kat kedai pajak gadai. Mohamad cakap depa suami isteri dak kenal pun 34 mangsa lain sebelum ni, baru tau ramai orang kena tipu lepas kes ni pecah. Suspek yang buat perniagaan makanan dari rumah tu dipercayai ada jalankan kutu jenis lain juga — kutu biasa, kutu toto, dan kutu emas — dan mungkin bermasalah kewangan lepas dak dapat peserta baru.
Mohamad cakap ramai mangsa pakai duit simpanan ASB, duit anak, buat pinjaman peribadi, malah ada yang pi pinjam along. Ada yang terpaksa jual kereta, sampai bergaduh suami isteri pasai hal ni.
Buat masa ni, sebanyak 35 laporan polis dah dibuat kat Kubang Pasu berhubung kes penipuan kutu yang melibatkan kerugian RM1.7 juta. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Radzi Abdul Rahim, kata mangsa berusia 23 hingga 53 tahun dan polis sedang siasat kes ni ikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.