Majlis Pecah Tanah LB Advanced Material Asia Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Gurun jadi satu lagi langkah penting bawa Kedah sebagai destinasi pelaburan industri bernilai tinggi. Pelaburan berjumlah RM1 bilion tu akan dibangunkan atas tanah seluas 60 ekar dan dijangka siap serta mula beroperasi pada Mei tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Dr Haim Hilman Abdullah, habaq pelaburan ni bukak peluang kerja untuk 300 oghang tempatan, termasuk 50 jawatan berkemahiran tinggi. Anak-anak muda tempatan pun boleh ambik kesempatan jalani latihan industri sama-sama Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang dikenal pasti.

LP Group ni syarikat pelaburan yang ada pengalaman industri sejak 1955, bekalkan produk kat lebih 1,500 pelanggan seluruh dunia. Pengalaman dengan kejayaan syarikat tu bagi keyakinan kat Kerajaan Negeri dari segi kepakaran pembuatan, teknologi, dan keupayaan penyelidikan untuk kukuhkan ekosistem industri Kedah, kata Dr Haim lagi.

ADUN Jitra tu turut tekankan pentingnya penglibatan syarikat tempatan serta perusahaan kecil dan sederhana dalam rantaian bekalan projek ni. Daripada bekal bahan industri sampai logistik dan perkhidmatan sokongan, depa nak manfaat tu turut dirasai oleh masyarakat Gurun dan kawasan sekitar.

"Kita mahu anak-anak Kedah mampu membina masa depan yang baik di negeri sendiri. Inilah yang akan terus kita perjuangkan," kata Dr Haim Hilman Abdullah.