Perkhidmatan feri ke Langkawi yang tak lancar dan tak stabil didapati jejas kemasukan pelancong domestik ke pulau peranginan tu, sebab tempoh tunggu yang lama bagi pengalaman kurang best kat pengunjung.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor cakap keadaan ni kena diberi perhatian serius sebab pelancong domestik antara segmen utama yang bergantung kat feri nak sampai Langkawi.

"Apabila feri tidak dapat beroperasi dengan baik pelancong domestik akan terjejas, inilah isu yang membelenggu Langkawi sejak sekian lama kerana pelancong domestik bergantung kepada feri." kata Muhammad Sanusi.

Beliau habaq keadaan tu lain sikit dengan perkhidmatan penerbangan yang mampu sediakan sampai 25 penerbangan sehari ke Langkawi, sampai kadar penginapan hotel empat dan lima bintang mencecah 70 peratus. Tapi hotel tiga bintang ke bawah, ramai dihuni pelancong domestik yang bergantung kat feri.

Muhammad Sanusi kata masalah ni pun berkait dengan kerja pengerukan laluan feri yang kena buat secara berkala supaya pergerakan feri tak terjejas, lagi-lagi masa air surut. Jumlah perjalanan feri pun tak konsisten ikut musim - sekitar tiga perjalanan sehari waktu biasa, naik jadi lima hingga lapan perjalanan masa musim puncak.

Beliau bagi tau pengurusan perkhidmatan feri tu bidang kuasa Kementerian Pengangkutan (MOT), jadi kerajaan Persekutuan kena ambik perhatian pasai keperluan pengangkutan Langkawi ni, termasuk pertimbang subsidi khas sebab kos minyak untuk perjalanan jauh ke Langkawi memang tinggi.