Kalau hang peghnah pi majlis kahwin atau kendughi besaq kat Kedah zaman dulu-dulu, mungkin hang peghnah tengok sepasang penari — sorang laki, sorang pompuan — menari selaras sambil senyum-senyum manja. Tu la Tarian Cinta Sayang, satu tarian tradisional yang jadi penyeri majlis-majlis sukaria oghang Kedah.

Penari laki pakai baju Melayu lengkap dengan songkok dan kain songket, manakala penari pompuan pula pakai baju kebaya labuh dengan selendang panjang disangkut kat bahu. Cara pakaian ni tunjuk gambaran jelaih macam mana budaya berpakaian Melayu Kedah zaman dulu — kemas, sopan, tapi tetap helok gayanya.

Macam namanya, Tarian Cinta Sayang ni tarian beghsuka ria — bukan tarian upacara serius macam menyembah atau memuja, tapi lebih kepada hibuq oghang ghamai dalam majlis. Penari menari beghpasang-pasangan, gerakan lembut, mesra, sesuai dengan tema 'cinta sayang' tu sendighi.

Kalau hang ingat, Habaq Mai peghnah ceghita pasai Wayang Kulit Gedek, seni bayang-bayang pengaghuh Siam yang peghnah popular kat utagha. Tarian Cinta Sayang ni pun sama golongannya — sebahagian daripada seni persembahan lama Kedah yang dulu meriah kat kampung-kampung, tapi sekaghang makin jarang ditarikan melainkan dalam acara kebudayaan atau persembahan sekolah.

Dak semua oghang muda kat Kedah haghi ni kenal Tarian Cinta Sayang ni doh. Tapi selagi ada yang sudi ajaq anak cucu, selagi tu la seni ni akan hidup. Kalau nampak persembahan macam ni kat majlis kampung ke pentas sekolah, tengok helok-helok — tu waghisan Kedah yang senyap-senyap simpan ceghita cinta zaman dulu-dulu.