TikTok Shop Malaysia perkenalkan ciri baharu bernama LIVE Auction, bagi pengguna peluang membida pelbagai barangan eksklusif secara masa nyata masa sesi LIVE berjalan. Lepas lalui pelancaran berperingkat mula 7 Julai 2026, ciri ni dah sedia sepenuhnya untuk semua penjual yang layak sejak 20 Julai 2026.
LIVE Auction ni format beli-belah interaktif yang bagi penjual lelong produk terus masa sesi LIVE. Penjual tetapkan harga bidaan permulaan dan tempoh lelongan, manakala penonton boleh bida secara masa nyata. Bila masa tamat, orang yang bida paling tinggi menang produk tu dan boleh terus buat bayaran melalui TikTok Shop. Format ni sesuai untuk barang yang susah nak dapat atau ada nilai koleksi macam figura, kad permainan, beg berjenama, kasut dan barangan kemas.
Buat kali pertama, POP MART Official Store akan buat LIVE Auction rasmi di TikTok Shop, bawa pelbagai koleksi ikonik dan edisi yang dah tak dijual di pasaran, antaranya MEGA SPACE MOLLY, Hirono x Snoopy Figure, dan Blind Box POP MART edisi terpilih. Ada siri lelongan yang mula dengan harga serendah 50% lebih rendah dari harga asal, pada 6 Ogos (12 tengah hari hingga 8 malam) dan 8 Ogos (12 tengah hari hingga 10 malam).
Peminat Pokémon Trading Card Game pulak boleh bida kad-kad rare mula dari RM1 ja, termasuk Mega Charizard ex SAR (PSA 10), Mega Dragonite ex SIR dan 1999 Blastoise Squirtle Deck Holo (PSA 9). Lagi satu, ada beg Coach, Michael Kors dan Kate Spade asli mula RM100, serta papan kekunci Mofii Macaron Keyboard yang harga asal RM199 boleh dibida mula RM25 ja.
TikTok Shop LIVE Auction pun ada kategori lain macam fesyen pre-loved, kelengkapan rumah dan produk gaya hidup. Sesiapa yang nak sertai kena kemas kini aplikasi TikTok ke versi terkini dulu sebelum boleh join sesi LIVE Auction ni.