Siri jelajah Program MADANI Kita (PMK) boleh jadi medan interaksi terus antara kerajaan dengan rakyat di peringkat akar umbi. Perkara tu dibangkitkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Mohd. Hisyamuddin Ghazali, masa berucap di PMK Bersama Komuniti MADANI Kita Batu Maung@Bayan Baru, George Town, semalam.

Katanya, program tu bagi peluang kepada rakyat untuk dapat perkhidmatan kerajaan secara terus. Pada masa yang sama, rakyat boleh sampaikan apa-apa input untuk kerajaan buat penambahbaikan.

"Ini yang kita tekankan. Fokus J-Kom ialah membentuk komunikasi dua hala antara rakyat dan kerajaan supaya ada input daripada rakyat terus kepada kerajaan dan kerajaan kepada rakyat." kata Mohd. Hisyamuddin Ghazali.

Mohd. Hisyamuddin bagi tau, J-Kom akan bagi tumpuan lebih besar pada penyampaian maklumat kerajaan lewat media sosial, sebagai sebahagian pendekatan komunikasi baharu jabatan tu. Sebanyak 70 peratus fokus untuk penerangan dan mesej kerajaan di media sosial, manakala baki 30 peratus untuk program macam PMK ni.

Beliau habaq, pendekatan tu dibuat seiring dengan program bersemuka supaya komunikasi kerajaan bukan sehala ja, tapi ambik kira sekali maklum balas daripada rakyat.