Pelari pecut 19 tahun dari Pulau Pinang, Muhammad Sayyid Amin Roslan, bagi kejutan besar bila menang emas acara 400 meter (m) pada Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026, di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. Sayyid yang baru pertama kali turun acara ni catat masa 47.20 saat, mengatasi rekod peribadi dia sendiri 47.68s.
Sayyid Amin habaq perlumbaan tu memang mencabar. Dia atasi pelari Selangor, Muhammad Daniel Haqiem yang ambik perak dengan masa 47.61s, manakala seorang lagi wakil Pulau Pinang, Muhammad Farhan Mohd Isrulnizam pulak lengkapkan podium dengan gangsa, catat masa 47.66s.
Sebelum ni, Sayyid pernah rangkul emas acara 200m kat Sukma Sarawak 2024, tapi terpaksa korbankan acara tu lepas cedera hamstring kat dua-dua kaki dia kira-kira tiga bulan lalu. Sebab tu la dia buat keputusan tukar strategi dan cuba peluang kat acara 400m pulak di Selangor.
"Insya-Allah, suatu hari nanti saya mahu menjadi pelari kedua selepas Umar yang berjaya mencatat masa dalam lingkungan 45 saat," kata Sayyid Amin.
Sayyid habaq dia tak sangka pun boleh menang sebab baru ja balik latihan minggu lepas lepas rehat sebab cedera. Buat masa ni dia jadikan Umar Osman, pemegang rekod kebangsaan dengan masa terbaik peribadi 45.73s, sebagai sumber motivasi nak perbaiki lagi catatan dia. Tapi dia habaq acara 100m dan 200m tak akan dia tinggalkan, sekali gus bagi bayangan lagi ada kejutan bakal menanti peminat sukan.