Polis berjaya tumpaskan satu sindiket penipuan gores dan menang dalam talian yang disyaki didalangi warga China ngan Kemboja, lepas serbu tiga buah banglo yang jadi pusat operasi depa di Teluk Kumbar pada 22 September lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng, habaq dalam serbuan tu, 29 suspek warga asing berumur antara 20 hingga 63 tahun ditahan bagi bantu siasatan. Serbuan pertama kat Teluk Kumbar tahan 14 lelaki warga China, manakala serbuan kedua kat dua banglo berdekatan pula tahan 7 lagi suspek — tiga lelaki China ngan empat warga Kemboja termasuk tiga wanita. Serbuan seterusnya kat Bukit Belah, Daerah Barat Daya, tahan lapan suspek lagi, dua lelaki China ngan enam wanita Kemboja.

Siasatan awal depa dapati sindiket ni dah jalan antara dua hingga tiga bulan, sewa banglo dengan kos lebih kurang RM10,000 sebulan sebelum diubah suai jadi pusat operasi. Suspek dipercayai dapat upah sampai RM8,000 sebulan, guna Facebook Live ngan aplikasi LINE untuk sasar mangsa kat China ngan Kemboja — mangsa diminta beli kad gores dan menang, dijanjikan hadiah besaq, lepas tu kena bayar kononnya untuk proses, cukai ngan insurans lewat kod QR, tapi hadiah tak pernah sampai dan duit tu pun tak boleh ditarik balik.

Polis rampas lebih 200 telefon bimbit, 17 komputer riba, dua komputer meja, enam set modem atau router, pelbagai dokumen dan rekod pelanggan, kad gores dan menang, dokumen lesen yang disyaki palsu, serta alatan studio dan komunikasi. Sebahagian suspek didapati tak ada pasport. Siasatan dijalankan ikut Seksyen 420 dibaca bersama Seksyen 120B Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 — kesemua suspek dapat perintah reman sampai 13 Oktober ni.