Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang (PSDKLPP) tengah susun langkah pasai nak tukar fasiliti sukan dan kawasan lapang negeri jadi aset yang lagi aktif, mampan, dan boleh jana pendapatan sendiri. Sasaran depa nak capai keadaan tu menjelang 2030.

"Kita mahu memastikan setiap aset yang ada digunakan secara optimum." kata Pengerusi PSDKLPP, Muzakir Buyong Mokhtar.

Muzakir habaq, PSDKLPP bukan ja jaga penyelenggaraan fasiliti, tapi nak optimumkan guna untuk manfaat rakyat sekali ngan jaga kewangan Perbadanan tu sendiri. Antara agenda utama termasuk naik taraf fasiliti, luaskan guna ruang untuk sukan, rekreasi, komuniti dan komersial, lagi satu ambik alih secara berperingkat tanah lapang kerajaan negeri yang tak berpengurusan.

Stadium Negeri Pulau Pinang di Batu Kawan jadi aset paling strategik, boleh muat sampai 40,000 penonton, ada trek ikut piawaian IAAF sekali ngan padang bola sepak standard FIFA. Kawasan sekitar stadium tu pun tengah dirancang jadi "Sport City" — gabung fasiliti sukan, ruang rekreasi ngan aktiviti komersial supaya oghang mai bukan ja bila ada perlawanan bola sepak ja.

PSDKLPP pun dah hidupkan balik beberapa fasiliti lama yang dulu terbiar, macam Stadium Mini Permatang Rawa dan Nibong Tebal Arena, lepas tu buka pakej macam "Wedding in the Stadium" untuk tambah sumber pendapatan. Warga emas ngan OKU pulak dapat masuk percuma sebagai sebahagian usaha keterangkuman PSDKLPP.