Sabah FC atau The Rhinos tunjuk permainan meyakinkan bila menang kali kedua lepas ganyang Penang FC 2-0 dalam aksi kedua Liga Super di Stadium Likas. Rekod bersih depa dalam dua perlawanan awal terus terjaga lepas sebelum ni depa dah ganyang Star City 3-1 hari Isnin lepas.

Sebelum tu, hujan lebat buat beberapa bahagian padang ditakung air sampai sikit ganggu rentak permainan, bola pun asyik tersekat kat kawasan yang berair. Tapi Sabah FC tetap main lagi baik, kuasai bola lagi banyak berbanding Penang FC, cipta tujuh percubaan dan empat daripadanya tepat sasaran. Cuma takdak jaringan lagi sampai minit ke-40.

Gol pembuka baru mai lepas pemain import baharu, Gonzalo Di Renzo, jadi penyudah sempurna. Berpunca daripada hantaran lintang Miguel Cifuentes, Renzo bijak manfaatkan silap pertahanan lawan sebelum tenang tampan bola tewaskan penjaga gol Penang FC, Ramdhan Ab Hamid.

Lepas tu, dalam masa lebih kurang tujuh minit selepas aksi sambung balik, giliran Hanafie Tokyo pulak sumbang jaringan bagi tuan rumah. Jaringan ni seakan bangkitkan sikit semangat Penang FC untuk tekan pertahanan Sabah FC, tapi usaha keras depa tak membuahkan hasil sebab pertahanan tuan rumah cukup bersedia jaga-jaga.

Kekalahan ni sambung kekalahan Penang FC lawan DPMM FC dalam perlawanan pertama depa. Kalau tak nak terus terperosok dalam kelompok bawah carta liga, Penang FC kena buat perubahan segera.