SIK — Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat maut, rakannya pulak cedera parah, lepas motosikal yang depa tunggang rempuh lori kat Jalan Kampung Kerawai, Sik, petang tadi. Dua pelajar ni, umur 15 dan 16 tahun, dipercayai baru balik dari sekolah sebab masih pakai uniform sekolah.
Ketua Polis Daerah Sik, Superintendan Syamzury Saman habaq, pihaknya terima maklumat pasai kemalangan ni dekat jam 2.50 petang. Siasatan awal depa dapati lori tu dalam perjalanan dari Jeniang nak pi Kampung Kerawai, manakala motosikal yang dinaiki dua pelajar tu datang dari SMK Seri Enggang nak ke Kampung Bandar Hilir.
"Motosikal yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar lori yang sedang memasuki simpang kanan dan motosikal terbabit terperosok ke bawah lori," kata Syamzury.
Syamzury habaq, penunggang motosikal disahkan maut kat tempat kejadian ja, manakala pembonceng yang cedera parah terus dibawa ke Hospital Sik untuk rawatan kecemasan. Kes ni disiasat ikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud pulak habaq, pihaknya terima panggilan kecemasan jam 2.40 petang sebelum tujuh anggota bomba digerak ke lokasi kejadian. Mangsa yang terperangkap bawah lori tu dikeluarkan oleh pihak bomba, lepas tu disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan.