Pasukan Polis Marin Wilayah Satu berjaya tumpaskan satu sindiket penyeludupan rokok putih dan minuman keras tak bercukai yang nilainya dianggar RM727,351, lepas buat serbuan kat sebuah premis tak bernombor di Kubang Semang, Bukit Mertajam, Jumaat lepas.
Serbuan ni sebahagian daripada Operasi Khas Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Bilangan 6/2026 yang jalan selama enam haghi bermula 6 Oktober lalu. Dalam serbuan tu, dua lelaki warga asing berusia 28 dan 36 tahun kena tahan untuk bantu siasatan.
"Pemeriksaan lanjut kemudian menemukan sebanyak 180,000 batang rokok putih pelbagai jenis serta 7,860.64 liter minuman keras dengan nilai rampasan termasuk cukai berjumlah RM727,351," kata Jaffri Bidin.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Jaffri Bidin habaq, kedua-dua suspek tu dah direman 10 hari bermula 10 hingga 19 Oktober ikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Jaffri sekali habaq, sepanjang tahun ni Pasukan Polis Marin Wilayah Satu dah rekod 2,042 kes tangkapan untuk macam-macam kesalahan, dengan jumlah nilai rampasan sampai RM174.64 juta. PDRM lewat Pasukan Polis Marin kata depa akan teruskan usaha membanteras penyeludupan barang tak bercukai dan barang terlarang, lagi-lagi lewat jalan laut, sambil perkukuh kerjasama risikan dengan pelbagai agensi.