Kedah Eagles jadi juara Liga Sepaktakraw (STL) Divisyen 1 2026 lepas tewaskan Bomba Fighters 2-1 dalam final kat Akademi Sepaktakraw Malaysia. Kemenangan 13-15, 15-11, 15-8 tu bawa makna besaq sebab dah 10 tahun Kedah Eagles tunggu nak balik main kat pentas Liga Premier STL.

Set pertama memang susah bagi Kedah Eagles sebab kena tewas 13-15 kat Bomba Fighters yang tampil gagah menerusi tekong import Thailand, Apinann Promjaree, ngan pengumpan Syazreen Qamar dan perejam Shahrul Ishaq. Tapi depa dak putus asa — set kedua, hantaran tepat pengumpan Zulhusni Basri bukak laluan untuk perejam import Thailand, Hafeesorn Hnahno, libas bola tajam sampai menang 15-11 dan samakan kedudukan.

Set penentuan jadi milik Kedah bila servis bertenaga Amar Roslan sekali ngan pertahanan yang lebih ampuh berjaya tutup jalan serangan Bomba Fighters. Kedah Eagles menang 15-8 untuk genggam trofi juara.

"Alhamdulillah, hasil doa rakan-rakan, peminat dan sokongan padu rakyat negeri Kedah, ia menjadi kenyataan." kata ketua jurulatih Kedah Eagles, Mohd Zahir Safinyi.

Mohd Zahir habaq perlawanan malam tu memang sengit sebab target asal pengurusan memang cuma nak naik balik ke Liga Premier, dak sampai sangka pasukan depa boleh sampai final. Tapi bila peluang dah depan mata, dia pesan kat pemain supaya genggam peluang tu sampai jadi juara.