Seorang wanita warga emas maut selepas dipercayai kena langgar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) masa tengah melintas jalan di Yan Kecil, awal pagi tadi. Mangsa, Siti Aminah Man, 69, tengah jalan dari pondok pengajian tempat dia duduk nak pi gerai kat seberang jalan nak beli nasi lemak.
Kejadian lebih kurang jam 7 pagi tu, Timbalan Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Aikap Dunding habaq mangsa dipercayai kena langgar MPV jenis Mitsubishi Xpander yang dipandu seorang jururawat dari arah Guar Cempedak.
"Akibat pelanggaran mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," kata Aikap Dunding.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Yan untuk bedah siasat, manakala jururawat berusia 45 tahun tu dirakam keterangan bagi bantu siasatan bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang nampak kejadian tu diminta tampil bagi bantu siasatan dengan hubungi 04-4655222 atau pi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan.