GEORGE TOWN — Sebuah bilik darjah hampir musnah dalam kebakaran yang melanda sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan (Cina) di Ayer Itam ni, lebih kurang pukul 7.54 malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis habaq, nasib baik dak ada mangsa terlibat dalam kejadian tu.

Beliau cakap, sepasukan anggota bomba terus dikerah pi lokasi untuk buat kerja-kerja pemadaman api sebaik ja terima panggilan kecemasan pasai kebakaran tu.

"Operasi tersebut tamat kira-kira pukul 9.22 malam dan kes kemudian diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan selanjutnya," kata John Sagun Francis.