Seorang pekerja warga Myanmar berusia 31 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 25 sebuah tapak pembinaan kondominium di Lorong Perak, Jelutong, George Town, lebih kurang pukul 6.50 petang semalam. Mangsa tengah buat kerja pasang papan kat tingkat 25 tu sebelum jatuh dan ditemui terbaring di tingkat 20.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad habaq siasatan awal dapati mangsa memang pekerja kat tapak pembinaan berkenaan.
"Hasil pemeriksaan terhadap tubuh mangsa dan tempat kejadian bagaimanapun mendapati, tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian berkenaan setakat ini," kata Abdul Rozak Muhammad.
Mayat mangsa lepas tu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat. Satu laporan mati mengejut (LMM) pun dah dibuka bagi laluan siasatan lanjut dijalankan.