Seorang lelaki warga emas, Mat Yusof Hashim, 77, dipercayai hilang selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam sungai di Jalan Lubuk Segintah-Lubuk Kawah, Sungai Petani, kira-kira pukul 1 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan Ramlan, habaq kereta Proton Wira tu dipercayai menuju Felda Teloi Timur dari arah Jalan Kuala Ketil. Pada mulanya pemandu dipercayai tenggelam sekali dengan kenderaan, tapi lepas kereta dinaikkan ke darat guna kren, mangsa tak dijumpai dalam kereta.
"Kes masih dalam siasatan dan klasifikasi kes belum ditetapkan setakat ini" kata ACP Hanyan Ramlan.
Bomba masih teruskan operasi cari dan selamatkan di sekitar sungai. Kereta tu rosak teruk, paling teruk di bahagian depan dan pintu kedua-dua sisi, lepas tu dibawa ke Balai Trafik Kuala Muda untuk tindakan lanjut.