Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) terus perkasakan agenda pembangunan sosioekonomi dan keusahawanan Bumiputera kat negeri ni menerusi penganjuran Expo PERDA (EXPERT) 2026, yang dah masuk edisi kelima tahun ni.
Pengerusi PERDA, Datuk Wira Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin, habaq banyak inisiatif baharu dan penambahbaikan dah dibuat untuk pastikan masyarakat dan usahawan Bumiputera tempatan boleh ambik peluang yang disediakan.
"Tahun ini menyaksikan peruntukan besar diterima, khususnya bagi pembangunan industri halal menerusi pembinaan 22 bengkel halal di kawasan ini bagi membantu mengukuhkan perniagaan usahawan tempatan," kata Shaik Hussein Mydin.
Majlis perasmian acara perhimpunan usahawan Bumiputera terbesar di Seberang Perai tu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Ramli Ngah Talib, sekali dengan isteri baginda, Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah, kat Pentas Utama, Midtown PERDA, Kubang Menerong, Tasek Gelugor.
Bertemakan Sinergi Halal: Memperkasa Usahawan, Memacu Ekonomi, acara yang berlangsung sampai 4 Oktober ni terima penyertaan lebih 200 pempamer dan sasarkan kehadiran dalam 75,000 pengunjung. Shaik Hussein sekali umumkan Pesta Pulau Pinang bakal dibawa ke tapak yang sama bulan November ni untuk semarakkan lagi ekonomi penduduk sekitar Tasek Gelugor, Penanti dan Permatang Pauh.