Maritim Malaysia Pulau Pinang tahan sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) Kelas C jenis pukat tunda yang disyaki buat aktiviti tangkap ikan dalam kawasan batas Pelabuhan Pulau Pinang serta langgar syarat lesen, malam tadi.
Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli habaq, penahanan tu dibuat lepas dapat maklumat dan aduan daripada pihak Kawalan Pelabuhan Pulau Pinang lebih kurang pukul 9.30 malam. Vesel berkenaan dikesan menangkap ikan dalam kawasan batas pelabuhan, sekitar 2.6 batu nautika di barat daya Pulau Rimau.
"Tindakan itu menyebabkan pukat yang digunakan tersangkut pada kipas sebuah bot malim," kata Muhammad Suffi.
Bot ronda Maritim Malaysia berjaya kesan vesel tu lebih kurang pukul 10.45 malam, pada kedudukan 0.4 batu nautika di timur Batu Maung. Hasil pemeriksaan dapati vesel dikendali oleh empat kru berusia antara 50 hingga 62 tahun — tiga warga tempatan dan seorang warga Indonesia yang berstatus Penduduk Tetap.
Lebih kurang pukul 11.15 malam, vesel bersama semua kru ditahan sebab disyaki langgar Akta Perikanan 1985 lepas dipercayai langgar syarat lesen dengan menangkap ikan pada jarak kurang 15 batu nautika dari pantai. Vesel, kru dan peralatan yang dianggar bernilai RM3 juta dibawa ke Jeti Batu Maung sebelum diserah kepada Pegawai Penyiasat Maritim Negeri Pulau Pinang untuk siasatan lanjut.
Muhammad Suffi habaq, Maritim Malaysia tak akan berkompromi pasai apa-apa pelanggaran undang-undang dalam Zon Maritim Malaysia atau syarat lesen perikanan. Orang ramai yang ada maklumat pasai jenayah atau kecemasan di laut boleh hubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-262 6146 atau talian kecemasan MERS 999.