GEORGE TOWN — Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) teruskan usaha perkukuh jaringan strategik depa, dengan buat kerjasama lagi mendalam bersama pihak industri. Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zaliman Sauli, habaq tumpuan kali ni bagi kepada pembangunan bakat, penyelidikan, inovasi, sekali gus penyelesaian pasai keperluan sebenar industri sekarang.

Menurut Zaliman, hubungan antara universiti dengan industri patut dibangunkan sebagai perkongsian strategik yang boleh bagi nilai kepada mahasiswa, industri dan negara — bukan sekadar tempat ambik graduan ja.

"Matlamat kami (UniMAP) bukan sekadar menambah jumlah rakan industri, tetapi membina perkongsian yang lebih mendalam dalam pembangunan bakat, penyelidikan, inovasi dan penyelesaian terhadap cabaran sebenar industri kerana pelajar yang kita bangunkan bersama hari ini berpotensi menjadi jurutera, pakar teknologi serta pemimpin pada masa hadapan," kata Zaliman.

Zaliman cakap gitu masa berucap sempena UniMAP Industry Eminence Awards 2026, yang berlangsung malam tadi. Turut hadir Raja Muda Perlis, yang sekali gus Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, selaku Pro-Canselor universiti tu.

Majlis tu bagi penghargaan kepada 31 rakan industri strategik yang banyak sumbang dalam pengajaran, pembelajaran, pembangunan mahasiswa, penyelidikan dan inovasi UniMAP. Sekarang ni UniMAP ada lebih 300 rakan industri strategik, tapi Zaliman kata tumpuan bukan pasai nak tambah bilangan ja, sebaliknya nak perkukuh kedalaman dan impak setiap kerjasama.

Lagi satu, UniMAP pun ada 12 makmal Industry on Campus (IoC) yang bawa teknologi dan kepakaran industri lagi dekat dengan mahasiswa, ahli akademik dan penyelidik depa — usaha ni buka ruang untuk kerjasama macam makmal bersama dan perkongsian kepakaran antara dua pihak.