Polis Kedah berjaya bongkar sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai Biro Penyiasatan Pusat (CBI) India, lepas buat operasi kat Kulim, Jumaat lepas. Dalam operasi tu, 48 suspek termasuk tujuh warga tempatan kena tangkap.

Depa jumpa barang-barang yang digunakan untuk tipu mangsa macam tiga helai seragam polis India, topi pegawai, bendera negara tu, bendera CBI India dan papan berlogo polis India.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah habaq, sindiket ni dah beroperasi sejak hujung Ogos lalu dan berjaya mengaut lebih kurang RM1.4 juta hasil tipu 73 mangsa, semuanya warga India. Depa guna Telegram untuk berhubung dan uruskan kerja sindiket ni, dan modus operandinya depa akan habaq kat mangsa nombor telefon depa terlibat kes menyalahi undang-undang India.

"Kesemua mangsa diarahkan memindahkan wang dalam akaun bank milik mereka ke akaun bank yang diberikan kononnya bagi tujuan siasatan polis. Setakat ini, tiada warga tempatan yang menjadi mangsa sindiket ini," kata Adzli Abu Shah.

Daripada suspek yang ditahan, 28 lelaki Pakistan, lima wanita Pakistan, enam lelaki dan dua wanita warga India, umur depa dalam 20 hingga 43 tahun. Tujuh warga tempatan yang ditahan pulak umur 44 hingga 55 tahun, termasuk pasangan pemilik premis, ejen hartanah, penyewa bangunan, juruteknik dan penyedia makanan untuk ahli sindiket.

Polis rampas 89 telefon bimbit, tujuh komputer riba dan macam-macam peralatan lagi, dengan nilai rampasan lebih kurang RM70,000. Lima premis yang disewa untuk buat kerja haram ni pulak bayar sewa sampai RM15,000 sebulan. Kes ni disiasat bawah beberapa seksyen termasuk Seksyen 420 Kanun Keseksaan sebab tipu, dan polis dah habaq pasai kes ni kat Kedutaan India.